Renungan

" Apa yang kita ada sekarang adalah pilihan kita suatu masa dahulu"

Saturday, June 20, 2009

Perodua Eco-Challenge 2009

SUBANG, 20 Jun - Perodua today handed over 12 units of 1.3 litre Myvi worth some RM480,000 to 12 local institutions of higher learning taking part in the Perodua Eco-Challenge, which will be held at the Speedway Plus Circuit. MyCitrus UTHM achievement in Produa Eco-Challenge.


Wednesday, June 10, 2009

Trip Ke Sabah (Hari Kelima)

HARI KELIMA - Aktivti pada sebelah pagi sarapan, pergi pasar Filipina membeli baju, rantai dll yang tertinggal dalam senarai pendek. Jam 11.30 pagi kami bertolak ke BTPN Sabah untuk berehat disana sementara menunggu penerbangan kami balik ke semenanjung jam 9.05 malam. Semoga selamat sampai di Semenanjung Malaysia. Amin.

Sampai disini dulu catatan perjalanan kami ke Sabah Negeri di bawah Bayu. Alhamdulillah kami telah selamat sampai ke kampung halaman kami....syukur.

Tuesday, June 9, 2009

Trip Ke Sabah (Hari Keempat)

HARI KEEMPAT - Aktivti sebelah pagi membeli udang di pasar dan mandi di kolam renang. Para isteri pergi membeli belah di Pasar Filipina. Pada sebelah petang kami melawati masjid terapung di Likas, UMS, dan 1 Borneo sehingga 7.30 malam. Perjalanan pulang dari 1 Borneo dengan menaiki bas 1 Borneo. Para bapa mencari ikan terubuk, belacan, buah avogado dan kuih dram sabah. Balik ke hotel dan berehat. Jumpa di hari esok, bye...
Taman Awam Teluk Likas (Likas Bay)

Masjid Likas

Gambar kenang-kenangan di hadapan Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Menjamu mata di 1Borneo......macam kat BP Mall jer.Tawar menawar barangan untuk dibawa pulang ke semenanjung

Monday, June 8, 2009

Trip Ke Sabah (Hari Ketiga)

HARI KETIGA - Lawatan ke kaki gunung, perjalanan kami bermula jam 8.00 pagi ke Pekan Nabalu, sebelum itu kami sempat singgah dan menaiki jambatan gantung Tamparuli, kemudian ke Kinabalu Park di Kundasang (Kaki Gunung Kinabalu). Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Air Panas Poring, di situ kami bertuah kerana dapat melihat sendiri bunga terbesar di dunia iaitu Bunga Rafflesia, dalam perjalanan balik kami singgah di gerai-gerai sayur di Kundasang dan singgah sebentar di Kundasang War Memorial, persinggahan terakhir pada hari ke tiga di Bangunan Yayasan Sabah. Kami sampai di Hotel jam 6.45 petang. Jumpa di hari keempat.
Inilah dia jambatan Gantung Tamparuli.....panjang gak la..
Bergambar kenang-kenangan di Pekan Nabalu berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu


Di Kinabalu Park
Bergambar bersama pemandu pelancong kami....En.Cyril Liew, sesiapa yang memerlukan transport di sana boleh call beliau di No. H/P 016-8472328.
Kolam Air Panas Poring
Bunga Rafflesia
Kundasang War Memorial

Bangunan Yayasan Sabah

Sunday, June 7, 2009

Trip Ke Sabah (Hari Kedua)

HARI KEDUA - Jam 8.45 pagi pertemuan Ahli Rombongan dengan Abang Nan di Yusuf Cafe. Lebih kurang setengah jam sesi pertemuan ini. Jam 9.15 pagi Abg Nan membantu kami menunjukkan Pasar Gaya di mana pasar ini hanya pada hari Ahad sahaja beroperasi. Kunjungan ke Pasar Gaza hanya terdiri daripada isteri. Jam 12.30 tgh mereka membeli belah keperluan saguhati keluarga di semananjung. Pada sesi petang rombongan ke Masjid dan Muzium Sabah serta Jeselton Point. Pada sebelah malam kami para suami pergi ke mini market untuk mencari keperluan dapur dan pergi ke Pasar Filipina dengan membeli baju, butang baju dan sebagainya. Selesai sesi hari kedua, kami berehat
Jumpa orang kampung yang dah lama tak jumpa.....Cikgu Hasnan Selamat

Biasa la....kita orang kaum bapa mandi manda dgn anak-anak....sementara menunggu kaum ibu pergi membeli-belah.....ikut suka diorang lah....asal hati senang.

Pasar Ahad di jalan Gaya.....macam-macam ada

Masjid Negeri


Di hadapan Kampung Warisan & Muzium Negeri




Jeti Jeselton Point.....jeti untuk ke Pulau-pulau sekitar Sabah...

RENUNGAN

“Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa.” kata-kata Pujangga~



Doa

Doa
Doa supaya dikasihi dan disayangi

Renungan

senyum lah selalu

Renungan 02

"PELUANG YANG BESAR ITU DATANG SECARA TIBA-TIBA.DATANG TIDAK MENENTU MASA..DATANG DISAAT KITA KESEMPITAN ATAU KESUSAHAN. NILAILAH PELUANG ITU DENGAN SECARA BIJAKSANA. REBUTLAH PELUANG YANG BESAR ITU, KERANA PELUANG YANG BESAR ITU BOLEH BERLALU DENGAN TIBA-TIBA. JANGAN JADIKAN SERIBU ALASAN UNTUK TIDAK MEREBUT PELUANG YANG BESAR ITU!” - PROF.DR HAMKA




RENUNGAN 03

Apabila hati meletakkan ALLAH dihadapan,insyALLAH semua perkara negatif yang berlaku akan dapat diterima dengan hati yang redha dan lapang..Letakkan kebergantungan yang tinggi kepadaNYA,insyALLAH DIA akan memberikan hanya yang terbaik buat kita.Jika kita menganggap ianya negatif,musibah,yakinlah itulah yang sebaik2nya yang ALLAH sudah tetapkan pada kita.Kelak,kita akan sedar itulah yang sebaik2nya..Yakinlah!!