Renungan

" Apa yang kita ada sekarang adalah pilihan kita suatu masa dahulu"

Monday, July 18, 2005

Catatan ke German 2005

KUALA LUMPUR, 10 Julai 2005 Kami bertolak ke German dari KLIA ke Frankfurt Airport dengan menggunakan penerbangan MAS MH005. Kami berlepas jam 2359 dari KLIA dan tiba di Frankfurt 13 jam kemudian. Dari Frankfurt kemi terus meneruskan perjalanan ke Heidelberg dengan mengunakan InterCity Ekspress (ICE) Train dari Frankfurt(Main)Hbf ke Heidelberg Hbf lebih kurang 1 jam perjalanan. Di heidelberg kami menginap di IBIS Hotel, Lessingstrasse 3. Lawatan diteruskan ke Weinlich GmbH & Co. KG Weinlich SteuerungenIndustriestr, Reilingen dan disebelah petang kami pergi melawat istana lama.


Heidelberg Castle yang juga merupakan landmark di Heidlberg.


Dari kawasan in kita boleh lihat panorama bandar Heidelberg...cantik.

Hari Kedua, kami meneruskan perjalanan ke Stuttgart dengan menaiki InterCity Ekspress (ICE) Train yang mengambil masa lebih kurang 1 jam dari Heidelberg Hbf ke Stuttgart Hbf.
Stuttgart Castle square
Di Stuttgart kami menginap di Hotel Royal,Sophienstraße 35. Kemudian kami meneruskan lagi perjalanan kami ke Aalen denganme menaiki InterCity Ekspress (ICE) Train lebibih kurang 1 jam perjalanan. Kami meneruskan lagi perjalanan kami ke distinasi yang hendak dituju iaitu Carl Zeiss Industrielle Messtechnik GmbH( Oberkochen ). Aalean is a town in the German state of Baden-Württemberg. Dari Aalen kami meneruskan perjalanan ke Oberkochen untuk melawat Carl Zeiss Industrielle Messtechnik GmbH.Yang mana disinilah tujuan utama kami datang ke German. Hari Ketiga, kami melawat ke Muzium Mercedes dan kami sempat juga melawat ELABO Training System GmbH. Hari Keempat, Kami meneruskan perjalanan ke Munich, Munich merupakan bandar utama Bavaria dan ia terletak di sungai Isar utara Bavarian Alps.Ia juga merupakan bandar ketiga terbesar di German selepas Berlin dan Hamburg...kalau tak silap saya la. Kami bergerak awal pagi dari Stuttgart Hbf ke Munchen Hbf lebih kurang 2 jam 20 minit perjalanan menaiki InterCity Ekspress (ICE) Train.

Di Munich Kami menginap di Germania Hotel untuk satu malam.

Hari Kelima, Kami meneruskan lagi perjalanan ke Hanover dari Munchen Hbf ke Kastens Luisenhof Hotel. dari Munchen Hbf ke Hanover Hbf lebih kurang 4 jam 38 minit perjalanan menaiki InterCity Ekspress (ICE) Train.Satu perjalanan yang agak jauh lebih kurang Johor ke Perlis, oleh kerana ICE bergerak pantas lebil kurang 250 -300 km/j kita dapat sampai dalam masa yang singkat. Bergambar dengan Prof. Madya Hj. Mokhtar di depan DB di Hanover.

Di Hanover kami menginap di Kastens Luisenhof Hotel untuk satu malam.

Hari Keenam, Kami bersiap untuk bertolak balik ke Malaysia tanah air kami. Dari Hanover kami bergerak ke Frankfurt. Perjalanan pagi ini mengambil masa lebih kurang 2 jam 35 minit dari dari Hanover Hbf ke Frankfurt(M) Flughafen Fernbf lebih kurang 2 jam 35 minit perjalanan menaiki InterCity Ekspress (ICE) Train.

Lebih kurang jam 1 tengahari kami berlepas ke KLIA, Kuala Lumpur. Kami selamat tiba di KLIA lebih kurang jam 7.00 pagi.

RENUNGAN

“Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa.” kata-kata Pujangga~



Doa

Doa
Doa supaya dikasihi dan disayangi

Renungan

senyum lah selalu

Renungan 02

"PELUANG YANG BESAR ITU DATANG SECARA TIBA-TIBA.DATANG TIDAK MENENTU MASA..DATANG DISAAT KITA KESEMPITAN ATAU KESUSAHAN. NILAILAH PELUANG ITU DENGAN SECARA BIJAKSANA. REBUTLAH PELUANG YANG BESAR ITU, KERANA PELUANG YANG BESAR ITU BOLEH BERLALU DENGAN TIBA-TIBA. JANGAN JADIKAN SERIBU ALASAN UNTUK TIDAK MEREBUT PELUANG YANG BESAR ITU!” - PROF.DR HAMKA




RENUNGAN 03

Apabila hati meletakkan ALLAH dihadapan,insyALLAH semua perkara negatif yang berlaku akan dapat diterima dengan hati yang redha dan lapang..Letakkan kebergantungan yang tinggi kepadaNYA,insyALLAH DIA akan memberikan hanya yang terbaik buat kita.Jika kita menganggap ianya negatif,musibah,yakinlah itulah yang sebaik2nya yang ALLAH sudah tetapkan pada kita.Kelak,kita akan sedar itulah yang sebaik2nya..Yakinlah!!