Kami bergerak dari Batu Pahat, Johor awal pagi 5/12/2012 menuju ke Kuala Lumpur untuk bermalam di rumah adik ipar di PULAPOL sebelum menerusksn perjalanan ke Pulau Pinang. Pada keesokkan harinya kami meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang.
Kami sampai di Jambatau Pulau Pinang lebih kurang jam 3.30 ptg, dan terus menuju ke hotel penginapan kami di 1926 Haritage Hotel yang terletak di bandar Georgetown
Sampai di hotel kami berehat seketika menghilangkan penat selepas mengharungi perjalanan yang panjang dari KL.Petang, kami keluar ke Padang Kota untuk mencari makan yang katanya banyak gerai makanan di sana.
Antara makanan yg kita kena cuba bila sampai Penang....pasembur...boleh tahan la rasanya di Komplek Makanan Medan Renong Padang Kota Lama. Lokasi GPS : 5°25'14.8"N 100°20'28.8"E
Lepas makan kita balik hotel merehatkan badan yang masih lagi letih...
Pagi 7/12/2012 kami bangun awal pagi untuk pergi ke Bukit Bendera, lokasi GPS : 5°24'52.9"N 100°16'44.6"E Sebelum bergerak kami sarapan dulu di cafe hotel. Perjalanan kami ke bukit bendera dari hotel lebih kurang 7km.Tiket untuk naik keatas RM8 untuk orang dewasa dan RM4 untuk kanak-kanak..untuk wagranegara Malaysia je..
Peti Pos bersejarah yang berusia lebih daripada 100 tahun, satu-satunya Peti Pos di puncak Bukit Bendera
Masjid Bukit Bendera
Setelah penat berjalan-jalan kami kami pergi mencari masjid untuk solat jumaat, kami pergi bersembayang jumaat di Masjid Terapung di Tanjung Bunga yang jauhnya lebih kurang 15km (30 minit perjalanan) dari Bukit Bendera.
Masjid Terapung di Tanjung Bunga. Lokasi GPS : 5°28'08.4"N 100°16'40.8"E
Selepas solat jumaat kami pergi makan tengahari di sekitar Batu Ferringi, selepas makan kami ke Taman Rama-rama Pulau Pinang di Teluk Bahang.
Lokasi GPS Taman Rama-rama : 5°26'54.8"N
100°12'56.0"E
Di depan Taman Rama-rama tu ada gerai menjual buah durian kampung, apa lagi Kami pun tak lepas peluang merasa keenakannya, memang puas hati lah... sebiji kongsi sekeluarga dah mencukupi. Memang best...
Durian Teluk Bahang.
Selepas puas makan durian kami singgah di Pantai Batu Ferringi melihat keindahan ciptaan Allah...hanya melihat² saja. Rasa badan pun dah penat, kami buat keputusan untuk balik ke hotel penginapan kami. Dalam perjalanan balik ke hotel kami singgah di beberapa tempat untuk menggambil gambar untuk kenang²an.
Aktiviti kami petang ini mandi swimming pool aja bersama anak². Malam, kami berjalan² ke Pesta Pulau Pinang 2012 yang terletak di Tapak Pesta Sungai Nibong lebih kurang 13km (30minit) perjalanan dari hotel. Sebelum kami ke sana, kami singgah di KFC untuk mengalas perut.
Selepas perut kenyang kami terus ke tapak pesta.Lokasi GPS : 5°20'40.2"N 100°18'03.0"E
Penat berjalan kami pun balik ke hotel dalam pukul 12.00 malam.Sampai di hotel masing² dah tertidur dalam kereta, masuk bilik basuh apa yang patut terus tidur. Esok pagi nak check out. Selepas sarapan pagi dan check out kami bergerak ke bandar Georgetown untuk mencari buah tangan untuk dibawa balik sebagai oley² dari pulau mutiara nie. Biasala jeruk la barang paling penting...kami menuju ke Jalan Khoo Sian Ewe yang jauhnya lebih kurang 3km (7minit) dari hotel, Kedai Jeruk Nasir terletak bersebelahan Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang. Tak cukup di situ kami ke Jalan Penang bersebelahan Pasar Chawrasta berhadapan Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang kami singgah pula di kedai Jeruk Pak Ali yang memang popular dengan jeruknya.
Kedai Jeruk Nasir yang terletak di Jalan Khoo Sian Ewe
Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang yang terletak di Jalan Penang
Pasar Chowrasta atau Chowrasta Markit asdalah sebuah pasar yang terkenal di Georgetown, Pulau Pinang. Nama pasar ini berasal dari Bahasa Hindi iaitu chowk yang bermaksud Pasar Jalanan. Pasar Chowrasta bersempadan dengan Penanag Road, Jalan Chowrasta, Jalan Kuala Kangsar dan Tamil Street. Walaupun pasar ini diasaskan oleh kaum Tamil tetapi kini majoriti penjualnya kaum Cina. Lokasi GPS : 5.4179292N 100.3316492E
Jeruk Pak Ali yang terletak di Jalan Penang.
Pengusaha Jeruk dengan becanya...
Setelah membeli-belah jeruk kami meneruskan perjalanan menuju ke Masjid Kapitan Keling yang terletak di Lebuh Pitt adalah masjid tertua di Pulau Pinang. Ia
dibina di Daerah Timur Laut, Pulau Pinang, oleh tentera Syarikat India Timur
apabila mereka tiba di Pulau Pinang pada akhir abad ke-18.
Seorang ketua kaum India Muslim, iaitu Caudeer Mohudeen yang
juga dikenali sebagai Kapitan Kling telah memohon tanah dan mendapat kelulusan
bagi tanah seluas 18 ekar pada November 1801 bagi pembinaan masjid. Selepas
kematian Caudeer Mohudeen pada tahun 1834, tanah itu tidak lagi diiktiraf
sebagai sebahagian pemberian asal. Jalan dan rumah awam di sekeliling masjid
mengurangkan keluasan tanah kepada hanya 8 ekar menjelang 1916. Lokasi GPS : 5°24'59.5"N 100°20'15.3"E
Sempat jugak la ambil gambar sekitar Masjid..
Perjalanan kami tide terhenti di sini, kami meneruskan perjalanan ke satu tempat bersejarah iaitu Kota Fort Cornwallis yang merupakan sebuah kota lama berbentuk bintang 5
bucu yang terletak di timur laut Pulau Pinang. Ia didirikan pada tahun 1786,
dan dinamakan sempena Gabenor Jeneral India masa itu - Charles Cornwallis. Ia
dibina di Padang Kota Lama, Georgetown,Pulau Pinang. Satu ketika dahulu
bahagian ini dinamakan Tanjung. Lokasi GPS : 5°25'12.3"N 100°20'38.4"E
Antara yang kita dapat lihat sekitar Kota Fort Cornwallis.
Bersebelahan dengan Kota Fort Cornwallis nie terletaknya Padang Kota Lama di tepi pantai George Town, Pulau Pinang. Ia
dikenali juga dengan nama The Esplanade.
Sekitar Padang Kota Lama.
Kami bercadang untuk melawat Muzium Islam Pulau Pinang, tapi sayang sekali muzium itu mungkin sudah ditutup untuk kunjungan orang awam.
Kekecewaan kami terubat setelah kami dapat sampai ke Rumah Kelahiran P. Ramlee yang terletak di No. 4A, Jalan P.
Ramlee, Pulau Pinang adalah merupakan tempat kelahiran Allahyarham. Rumah ini
telah dibina pada tahun 1926 oleh bapa P. Ramlee bersama-sama dengan bapa
saudaranya Rejab bin Husin. Rumah ini telah dibaiki semula oleh bapa saudaranya
semasa zaman pendudukan Jepun. Walaupun telah dibaiki rumah ini masih lagi
dalam bentuk yang asal. Lokasi GPS : 5°24'36.5"N 100°18'48.5"E.
Rumah P.Ramlee
Rumah P.Ramlee merupakan distinasi terakhir kami sepanjang di Pulau Pinang, lebih kurang jam 4.00 petang kami bertolak balik ke Batu Pahat, Johor. Selamat tinggal Pulau Pinang, jumpa lagi
No comments:
Post a Comment