Perjalanan kami kali ini ke Perak, mencari tempat-tempat bersejarah.Kami memulakan perjalan seawal jam 6.00am dari Parit Raja, Batu Pahat. Singgah sarapan di R&R Seremban jam 8.30 am. Distinasi kami yang pertama ialah di Komplek Menara Condong, Teluk Intan (GPS : 4.025844, 101.019237)
Kami sampai di Komplek Menara Condong lebih kurang jam 12.00tgh. Selepas makan tengahari kami bergerak ke Komplek Sejarah Pasir Salak, Kg. Gajah (GPS : 4.325042, 100.907770) yang jauhnya lebih kurang 60KM (1 jam perjalanan) dari situ. Sampai di situ kami di maklumkan komplek tersebut di tutup kepada orang awam untuk kerja-kerja baik pulih akibat banjir besar yang melanda pada tahun lepas (Dis 2014).Kami sempat mengambil beberapa keping gambar sebelum meneruskan perjalanan.
Dengan kecewa kami berlalu pergi meneruskan perjalanan kami ke satu lagi tempat bersejarah di Negeri Perak iaitu Kellie's Castle, Batu
Gajah, Perak, (GPS : 4.461102, 101.088015) 40 minit perjalanan dari Pasir Salak (37KM)
Perjalanan kami diteruskan ke Ipoh, Perak. Kami bermalam di Kinta Riverfront Hotel & Suites yang terletak di Jalan Lim Bo Seng, (GPS : 4.173268, 101.017681) Ipoh Pada keesokkan harinya
kami merancang untuk berjalan-jalan ke Taiping, Perak. Seawal jam 8.00 pagi
kami bertolak ke Taiping yang jauhnya lebih kurang 70KM (1 jam perjalanan )
dari bandar Ipoh. Di Taiping distinasi kami yang pertama ialah di Bukit Larut
juga di kenali sebagai Maxwell Hill (GPS : 4.860737, 100.759329).
Kalau nak naik ke atas kena datang jam 7.00 pagi untuk tempahan tiket. Kami sampai lebih kurang jam 9.00 dan kami tak dapat naki ke atas kerana tiket sudah habis di jual.
Zoo Taiping & Night Safari adalah distinasi selanjutnya.
Selepas penat berjalan melihat keindahan alam dan hidupan di zoo, kami bergerak ke Muzium Perak di Taiping (GPS : 4.860148, 100.745466) yang lokasinya tidak jaug dari zoo tersebut.
Setelah berpusing-pusing di dalam muzium yang behawa dingin, perut mula terasa lapar yang amat sangat. Selesai bergambar mana yang patut kami keluar dari muzium untuk mencari tempat makan tengahari, dan kami jumpa tempat makan yang tak jauh dari muzium yang mana lokasinya berhampiran dengan Penjara Taiping. Makananyan OK la....yang penting harganya yang berpatutan.
Salesai makan kami meneruskan misi kami menjejaki satu lagi tempat bersejarah di Taiping iaitu Muzium Matang dahulunya dikenali sebagai Kompleks Sejarah Kota Ngah Ibrahim yang terletak di Kampung Pekan Matang, Matang (GPS : 4.812672, 100.675803)
Muzium Sejarah Matang yang terletak di Bukit Gantang, Matang (dulu Permatang), Perak, telah dibina oleh Ngah Ibrahim yang bergelar Orang Kaya Menteri Paduka Tuan adalah anak kepada Cek Long Jaffar orang Melayu pertama tahun 1840 membuka perusahaan lombong bijih timah di kawasan Larut, Matang dan Selama. Muzium ini adalah merupakan sebuah bangunan yang beliau jadikan sebagai rumah, kota dan juga pusat pentadbiran Larut dan ditempatkan di kawasan seluas 0.8094 hektar. Bangunan ini dibina hanya menggunakan bahan-bahan yang terdiri daripada batu batan sahaja. Setelah Ngah Ibrahim meninggal dunia di Singapura pada 4 Februari 1895, Kota ini diletak dibawah pengawasan pentadbiran Inggeris sehingga ianya dijadikan sebagai Maktab Perguruan Melayu Matang (1913-1922). Selepas itu dijadikan pula sebagai Sekolah Melayu (1913-1941). Semasa zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu (1941-1945) ianya berperanan sebagai Markas Tentera Jepun. Selepas Jepun menyerah kalah dan berakhirnya Perang Dunia Kedua tahun 1946, ianya dijadikan semula sebagai Sekolah Melayu (1945-1984). Kota ini dijadikan Muzium Sejarah Matang hingga sekarang mulai tahun 1985 setelah ianya diserahkan kepada Jabatan Muzium Malaysia (dahulunya dikenali sebagai Jabatan Muzium dan Antikuiti) tu lah serba sedikit berkenaan Muzium Matang.
Mengikut perancangan kami, distinasi seterusnya ialah ke Kuala Kangsar untuk menjejaki beberapa tempat yang menarik di situ, oleh kerana masa dan badan yang semakin penat, kami menangguhkan perjalanan ke situ dan mengambil keputusan untuk terus balik ke hotel di Ipoh untuk berehat dan meneruskan misi kami pada esok pagi.
Seawal jam 8.30 pagi kami CheckOut dari hotel penginapan untuk meneruskan misi yang tertangguh semalam.Lebih kurang jam 9.00 pagi kami telah sampai di Kuala Kangsar, perkara pertama ialah mengisi perut yang belum di alas lagi. Kami singgah di Restoran AFN (GPS : 4.772444, 100.928559 ) yang menjual aneka makanan serapan pagi dan ada juga makanan masakan ala Thai dangan harga yang berpatutan.
Selepas sarapan kami meneruskan perjalanan menuju Istana Perak, sebelum kami sampai, dalam perjalanan kami sebuah makam dengan tulisan "Makam Sheikh Abdul Kadir Waliyullah"...(GPS : 4.772571, 100.936011 )
Tidak disebut Sheikh Abdul Qadir al-Jilani atau Abdul Qadir (bukan Kadir ya sebab huruf Arab nya ialah Qob, bukan Kaf)... Tetapi seperti pernah diingatkan keturunan Bidan Susu Lanjut di Kamunting tahun lepas, tak semua orang tahu makam itu milik Sultanul Awliya... Lagipun ia makam persinggahan, bukannya makam menanam badan. Bukankah perkataan makam itu sendiri bermaksud satu tempat, atau satu taraf.
Akhirnya sampai juga kami di Muzium Diraja Perak (Istana Kenangan Kuala Kangsar) (GPS : 4.760245, 100.955736 ) malangnya kami tidak dibenarkan masuk kerana kerana kerja-kerja baik pulih sedang dijalankan.
Setelah bergambar kenang-kenangan di hadapan Istana kami singgah di Masjid Ubudiah (GPS : 4.761054, 100.952194 )
Selepas menunaikan solat Duha kami bergerak ka Galeri Sultan Azlan Shah (GPS : 4.766100, 100.948029) yang terletak tidak jauh dari situ.
Sebelum pulang ke Batu Pahat,Johor kami sempat singgah di beberapa tempat untuk menggambil gambar kenangan di Kuala Kangsar.
Menara Pavilion (GPS : 4.774472, 100.939106)
Bangunan ini terletak di Jalan Bendahara, Bandar Di Raja Kuala Kangsar. Bangunan ini didirikan pada tahun 1920, iaitu semasa pemerintahan Sultan Iskandar Shah yang memerintah Perak dari tahun 1918-1938. Arkiteknya ialah N.E.Don B.C.D. Bangunan ini digunakan sebagai tempat istirehat oleh Sultan Iskandar selepas bermain polo.
Pada masa sekarang, menara Pavilion ini tidak lagi digunakan , namun ianya telah dijadikan salah satu tempat tarikan pelancong yang berkunjung ke Bandar Di Raja Kuala Kangsar.
Setelah selesai bergambar lebih kurang jam 12.30 tgh kami bertolak balik ke Parit Raja, Batu Pahat. Kami selamat sampai di rumah masing-masing jam 9.00 mlm. Walaubagaimanapun banyak lagi tempat yang kami tidak sempat singgah kerana ke suntukkan masa sepanjang percutian 3D2N di Perak pada kali ini.
No comments:
Post a Comment