Renungan

" Apa yang kita ada sekarang adalah pilihan kita suatu masa dahulu"

Thursday, December 6, 2012

Jalan-Jalan ke Pulau Pinang

Kami bergerak dari Batu Pahat, Johor awal pagi 5/12/2012 menuju ke Kuala Lumpur untuk bermalam di rumah adik ipar di PULAPOL sebelum menerusksn perjalanan ke Pulau Pinang. Pada keesokkan harinya kami meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang.


Kami sampai di Jambatau Pulau Pinang lebih kurang jam 3.30 ptg, dan terus menuju ke hotel penginapan kami di 1926 Haritage Hotel yang terletak di bandar Georgetown


Sampai di hotel kami berehat seketika menghilangkan penat selepas mengharungi perjalanan yang panjang dari KL.Petang, kami keluar ke Padang Kota untuk mencari makan yang katanya banyak gerai makanan di sana.

Antara makanan yg kita kena cuba bila sampai Penang....pasembur...boleh tahan la rasanya di Komplek Makanan Medan Renong Padang Kota Lama. Lokasi GPS : 5°25'14.8"N 100°20'28.8"E
Lepas makan kita balik hotel merehatkan badan yang masih lagi letih...
Pagi 7/12/2012 kami bangun awal pagi untuk pergi ke Bukit Bendera, lokasi GPS : 5°24'52.9"N 100°16'44.6"E Sebelum bergerak kami sarapan dulu di cafe hotel. Perjalanan kami ke bukit bendera dari hotel lebih kurang 7km.Tiket untuk naik keatas RM8 untuk orang dewasa dan RM4 untuk kanak-kanak..untuk wagranegara Malaysia je..









Peti Pos bersejarah yang berusia lebih daripada 100 tahun, satu-satunya Peti Pos di puncak Bukit Bendera

Masjid Bukit Bendera
Setelah penat berjalan-jalan kami kami pergi mencari masjid untuk solat jumaat, kami pergi bersembayang jumaat di Masjid Terapung di Tanjung Bunga yang jauhnya lebih kurang 15km (30 minit perjalanan) dari Bukit Bendera.
Masjid Terapung di Tanjung Bunga. Lokasi GPS : 5°28'08.4"N 100°16'40.8"E


Selepas solat jumaat kami pergi makan tengahari di sekitar Batu Ferringi, selepas makan kami ke Taman Rama-rama Pulau Pinang di Teluk Bahang.
Lokasi GPS Taman Rama-rama : 5°26'54.8"N 100°12'56.0"E





Di depan Taman Rama-rama tu ada gerai menjual buah durian kampung, apa lagi Kami pun tak lepas peluang merasa keenakannya, memang puas hati lah... sebiji kongsi sekeluarga dah mencukupi. Memang best...
Durian Teluk Bahang.
Selepas puas makan durian kami singgah di Pantai Batu Ferringi melihat keindahan ciptaan Allah...hanya melihat² saja. Rasa badan pun dah penat, kami buat keputusan untuk balik ke hotel penginapan kami. Dalam perjalanan balik ke hotel kami singgah di beberapa tempat untuk menggambil gambar untuk kenang²an.

Aktiviti kami petang ini mandi swimming pool aja bersama anak². Malam, kami berjalan² ke Pesta Pulau Pinang 2012 yang terletak di Tapak Pesta Sungai Nibong lebih kurang 13km (30minit) perjalanan dari hotel. Sebelum kami ke sana, kami singgah di KFC untuk mengalas perut.

Selepas perut kenyang kami terus ke tapak pesta.Lokasi GPS : 5°20'40.2"N 100°18'03.0"E







Penat berjalan kami pun balik ke hotel dalam pukul 12.00 malam.Sampai di hotel masing² dah tertidur dalam kereta, masuk bilik basuh apa yang patut terus tidur. Esok pagi nak check out. Selepas sarapan pagi dan check out kami bergerak ke bandar Georgetown untuk mencari buah tangan untuk dibawa balik sebagai oley² dari pulau mutiara nie. Biasala jeruk la barang paling penting...kami menuju ke Jalan Khoo Sian Ewe yang jauhnya lebih kurang 3km (7minit) dari hotel, Kedai Jeruk Nasir  terletak bersebelahan Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang. Tak cukup di situ kami ke Jalan Penang bersebelahan  Pasar Chawrasta berhadapan Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang kami singgah pula di kedai  Jeruk Pak Ali yang memang popular dengan jeruknya.


Kedai Jeruk Nasir yang terletak di  Jalan Khoo Sian Ewe
Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang yang terletak di Jalan Penang
Pasar Chowrasta atau Chowrasta Markit asdalah sebuah pasar yang terkenal di Georgetown, Pulau Pinang. Nama pasar ini berasal dari Bahasa Hindi iaitu chowk yang bermaksud Pasar Jalanan. Pasar Chowrasta bersempadan dengan Penanag Road, Jalan Chowrasta, Jalan Kuala Kangsar dan Tamil Street. Walaupun pasar ini diasaskan oleh kaum Tamil tetapi kini majoriti penjualnya kaum Cina. Lokasi  GPS : 5.4179292N 100.3316492E

Jeruk Pak Ali yang terletak di Jalan Penang.
Pengusaha Jeruk dengan becanya...


Setelah membeli-belah jeruk kami meneruskan perjalanan menuju ke Masjid Kapitan Keling yang terletak di Lebuh Pitt adalah masjid tertua di Pulau Pinang. Ia dibina di Daerah Timur Laut, Pulau Pinang, oleh tentera Syarikat India Timur apabila mereka tiba di Pulau Pinang pada akhir abad ke-18.
Seorang ketua kaum India Muslim, iaitu Caudeer Mohudeen yang juga dikenali sebagai Kapitan Kling telah memohon tanah dan mendapat kelulusan bagi tanah seluas 18 ekar pada November 1801 bagi pembinaan masjid. Selepas kematian Caudeer Mohudeen pada tahun 1834, tanah itu tidak lagi diiktiraf sebagai sebahagian pemberian asal. Jalan dan rumah awam di sekeliling masjid mengurangkan keluasan tanah kepada hanya 8 ekar menjelang 1916. Lokasi GPS : 5°24'59.5"N 100°20'15.3"E


Sempat jugak la ambil gambar sekitar Masjid..

Perjalanan kami tide terhenti di sini, kami meneruskan perjalanan ke satu tempat bersejarah iaitu Kota Fort Cornwallis yang merupakan sebuah kota lama berbentuk bintang 5 bucu yang terletak di timur laut Pulau Pinang. Ia didirikan pada tahun 1786, dan dinamakan sempena Gabenor Jeneral India masa itu - Charles Cornwallis. Ia dibina di Padang Kota Lama, Georgetown,Pulau Pinang. Satu ketika dahulu bahagian ini dinamakan Tanjung. Lokasi GPS : 5°25'12.3"N 100°20'38.4"E




Antara yang kita dapat lihat sekitar Kota Fort Cornwallis.
Bersebelahan dengan Kota Fort Cornwallis nie terletaknya Padang Kota Lama di tepi pantai George Town, Pulau Pinang. Ia dikenali juga dengan nama The Esplanade.





Sekitar Padang Kota Lama.

Kami bercadang untuk melawat Muzium Islam Pulau Pinang, tapi sayang sekali muzium itu mungkin sudah ditutup untuk kunjungan orang awam.
Kekecewaan kami terubat setelah kami dapat sampai ke Rumah Kelahiran P. Ramlee yang terletak di No. 4A, Jalan P. Ramlee, Pulau Pinang adalah merupakan tempat kelahiran Allahyarham. Rumah ini telah dibina pada tahun 1926 oleh bapa P. Ramlee bersama-sama dengan bapa saudaranya Rejab bin Husin. Rumah ini telah dibaiki semula oleh bapa saudaranya semasa zaman pendudukan Jepun. Walaupun telah dibaiki rumah ini masih lagi dalam bentuk yang asal. Lokasi GPS : 5°24'36.5"N 100°18'48.5"E.


Rumah P.Ramlee




Rumah P.Ramlee merupakan distinasi terakhir kami sepanjang di Pulau Pinang, lebih kurang jam 4.00 petang kami bertolak balik ke Batu Pahat, Johor. Selamat tinggal Pulau Pinang, jumpa lagi



Thursday, December 8, 2011

Pekeliling SBPA 2012 Untuk Guru, PDRM dan Penjawat Awam Umum

Senarai Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam ( SBPA 2012 )
1. Pelaksanaan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam Bagi Anggota Perkhidmatan Polis DiRaja Malaysia
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2011 – PDRM

2. Pelaksanaan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Persekutuan
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2011 – Guru

3. Pelaksanaan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2011 – Umum

Anda juga boleh download dokumen mengikut klasifikasi seperti yang disenaraikan dalam Lampiran B2 di bawah bagi Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan :

LAMPIRAN B2: SENARAI SKIM PERKHIDMATAN DI BAWAH SBPA

KLASIFIKASI

PENGANGKUTAN (A)
BAKAT DAN SENI (B)
SAINS (C)
PENDIDIKAN (D)
EKONOMI (E)
TEKNOLOGI MAKLUMAT (F)
PERTANIAN (G)
KEMAHIRAN (H)
KEJURUTERAAN (J)
KESELAMATAN DAN PERTAHANAN AWAM (K)
PERUNDANGAN DAN KEHAKIMAN (L)
TADBIR DAN DIPLOMATIK (M)
PENTADBIRAN (N)
PENCEGAHAN (P)
PENYELIDIKAN, PEMBANGUNAN DAN INOVASI (Q)
SOSIAL DAN KEROHANIAN (S)
PERUBATAN DAN KESIHATAN (U)
KEWANGAN (W)
PENGUATKUASAAN MARITIM (X)

Thursday, November 24, 2011

KATA PUJANGGA

Koleksi Kata-kata Pujangga Untuk Kita Hayati Bersama :


Apabila Anda Benar : Anda tak perlu marah. Apabila Anda Salah : Anda tak boleh Marah
-Mahatma Gandhi-

Bercakap-cakap Adalah Bertukar Fikiran, Bertukar Pendapat Dan Bertukar Pengalaman. Rahsia Bercakap ialah Pandai Bicara, Pandai Bertanya Dan Pandai Mendengar.
-Pythatoras-

Perbaiki Diri Anda, tetapi JANGAN JATUHKAN ORANG LAIN
-I. Salanter Lipkin-

Diri manusia itu hanya kecil sahaja tetapi dalam diri yang kecil itu terdapat satu alam yang besar.
-Saidina Ali Abi Talib r.a-

KEJAYAAN TIDAK DATANG KEPADA MANUSIA YANG LEKA
-Charles Cahier-

Jadikanlah suatu keyakinan bahawa apa yang anda cita-citakan pasti tercapai dan apa yang anda usahakan pasti berhasil
-Thomas Alva Edison-

Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya
-James Allen-

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah
-Lao Tze-


Tidak ada kecerdasan yang lebih baik daripada kecerdasan yang lain. Kecerdasan terbaik bagi anda ialah kecerdasan yang anda miliki bukan yang dimiliki oleh orang lain
-Alias Haji Muda-

Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya
-Marcus Aurelius-

Persahabatan adalah perkara yang paling rumit untuk diperjelaskan. Ia bukan dipelajari di sekolah tetapi jika kamu mempelajari erti persahabatan maka kamu sebenarnya tidak mempelajari apa-apa.
-Muhammad Ali-

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.
-Albert Camus-

Orang bakhil tidak akan terlepas daripada salah satu daripada empat sifat yang membinasakan iaitu: dia akan mati dan hartanya akan diambil warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau ; hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau ; hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan digunakan untuk kejahatan atau ; adakalanya harta itu akan dicuri dan digunakan untuk berfoya-foya.
-Saidina Abu Bakar r.a-

Tidak ada kecerdasan yang lebih baik daripada kecerdasan yang lain. Kecerdasan terbaik bagi anda ialah kecerdasan yang anda miliki bukan yang dimiliki oleh orang lain.
-Alias Haji Muda-

Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya.
-James Allen-

Orang yang tidak berkemahuan untuk terus belajar dan membangunkan dirinya samalah seperti insan kerdil yang sememangnya tidak boleh membesar lagi.
-Bestari-

Tiada manusia yang Berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.
-Joseph Conrad-

“Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan” ~Pujangga

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” – Khalifah Abdul Malik bin Marwan

“Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah pula anda menambah dukanya.” ~Pujangga~

“Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara lebih baik dari tidak suka mengambil tahu walaupun satu perkara.” ~Pujangga~

“Sekali anda terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali” ~ Pujangga~

“Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali.” Kata-kata Pujangga~

“Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa.” kata-kata Pujangga~

“Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, tetapi tidak semua perpisahan akan menjanjikan akan adanya pertemuan semula sesudah perpisahan itu.” Kata-kata Pujangga~

“Jangan biarkan perahu hanyut tak ber’penghuni’ nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan.” kata-kata Pujangga

“Jangan abaikan permintaan orang, kalau tidak mahu permintaan anda diabaikan orang.” kata-kata Pujangga

“Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji.” ~kata-kata Pujangga

“Hari ini adalah realiti impian kelmarin, impian hari ini adalah reliti besok hari…“kata-kata Pujangga`

“Hidup ini ibarat meniti seutas tali, kadang kala kita jatuh sakit dan terluka, dan itulah yang kita rasai saat ini.” kata-kata Pujangga~

“Hanya mereka yang melepasi ujian akan melalui kehidupan dengan sabar.” kata-kata Pujangga`

Kata-kata Pujangga: “Kadangkala menyembunyikan sesuatu perkara dari pengetahuan orang lain lebih baik dari jika diberitahu pun tidak dihiraukan.”

“Sekalipun tidak pernah menjadi kaya-raya, kita masih beruntung tidak juga papa kedana” kata-kata Pujangga~

“Setiap kali tersadung, ingatlah kita tidak mahu terjatuh lagi.” kata-kata Pujangga`

“Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya.” kata-kata Pujangga`

“Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok kita masih diberi peluang.” kata-kata Pujangga~

Kata-kata Pujangga:” Jangan impikan sesuatu tanpa berusaha mencapainya.”

Kata-kata Pujangga: “Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini.”

Kata-kata Pujangga:” Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya.”

Kata-kata Pujangga:“Kita patut berkorban supaya orang lain juga merasai kemanisan hidup.”

Kata-kata Pujangga: “Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan.”

Kata-kata Pujangga:“Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak.”

Kata-kata Pujangga: “Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain.”

Kata-kata Pujangga: “Saya percaya; esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok.”

Kata-kata Pujangga: “Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang.”

Kata-kata Pujangga: ” Berbuat baik jangan sekali, buatlah berkali-kali.”

Kata-kata Pujangga: “Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia.”

Kata-kata Pujangga: “Kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis keseorangan diri.”

Kata-kata Pujangga: “Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan.”

Kata-kata Pujangga: “Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan.”

Kata-kata Pujangga: “Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud.”

Kata-kata Pujangga: “Sesuatu khayalan kadang-kadang menjadi realiti.”

Kata-Kata Pujangga: “Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.”

Kata-kata Pujangga: “Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa.”

Kata-kata Pujangga: “Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.”

Kata-kata Pujangga: “Saya sayang awak, sukarkah untuk dilafazkan?”

Kata-kata Pujangga: “Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?”

Kata-kata Pujangga: “Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan.”

Kata-kata Pujangga: “Kekayaan boleh mengaburkan jalan yang jujur”

Kata-kata Pujangga: “Tidak akan ada kemakmuran tanpa kasih sayang, Hanya mereka yang beriman sahaja tahu akan erti kasih sayang.” & “Masihkah ada dendam yang bersisa tika tangan bersentuhan mesra.”

Kata-kata Pujangga: “Sebuah kebenaran kadangkala mengandungi kesilapan.”

Orang yang mudah bersedih hati akan sukar mencapai apa yang dicita-citakan.

Orang yang mempunyai cita-cita selalu memperoleh kemajuan di dalam hidupnya.

Cita-cita yang tinggi itu menyuburkan tabiat yang mulia. Tujuan yang besar dan mulia itu menimbulkan fikiran yang luas dan tinggi.

Cita-cita hidup bukanlah jalan yang selalu datar dan ditaburi bunga, melainkan adakalanya disirami dengan airmata dan juga darah.

Sahabat sejati adalah orang yang dapat berkata2 benar denganmu, dan bukan orang yang dapat membenarkan kata2mu.

Bersedekah kepada orang miskin, itu bererti satu sedekah sahaja. Sementara bersedekah kepada kaum kerabat, itu bererti dua sedekah ; iaitu bersedekah dan mengutamakan hubungan persaudaraan.

Diantara sikap yang boleh melahirkan perasaan kasih sayang seorang saudara kepada anda ialah memberi salam terlebih dahulu. Anda memanggilnya dengan nama yang paling digemarinya dan anda melapangkan tempat di dalam sesuatu majlis untuknya.

Apabila seseorang sudah menentukan kepercayaannya dan dia perjuangkan kepercayaan itu, semua sumber akan tertarik kepada perjuangannya itu walaupun selepas kematiannya.=Mahatma Ghandi=

Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang2 beradab dan berbudi mulia yang dapat kita mengambil manfaatnya. = Hamka =

Jadi wanita cantik kadang2 sulit. Lelaki tidak selalu mencintai kita, tetapi sering cuma menginginkan kecantikan kita. Wanita yang tidak cantik biasanya lebih mudah, kerana kalau seorang lelaki mencintainya, bererti lelaki itu betul2 cinta padanya. = Gina Lollobrigida =

Tidak belajar bersungguh2 di waktu muda, hendak menjadi apa pada waktu dewasa??




= Anonim =

Kebanggaan terbesar dalam hidup adalah apabila kita berhasil melakukan apa yang menurut orang lain tidak dapat dilakukan. = Walter Bagehot =

Keberanian adalah keupayaan yang memungkinkan seseorang bertindak dengan baik dan mantap, walaupun ia dalam keadaan setengah mati. = Omar Bradley =

RENUNGAN

“Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa.” kata-kata Pujangga~



Doa

Doa
Doa supaya dikasihi dan disayangi

Renungan

senyum lah selalu

Renungan 02

"PELUANG YANG BESAR ITU DATANG SECARA TIBA-TIBA.DATANG TIDAK MENENTU MASA..DATANG DISAAT KITA KESEMPITAN ATAU KESUSAHAN. NILAILAH PELUANG ITU DENGAN SECARA BIJAKSANA. REBUTLAH PELUANG YANG BESAR ITU, KERANA PELUANG YANG BESAR ITU BOLEH BERLALU DENGAN TIBA-TIBA. JANGAN JADIKAN SERIBU ALASAN UNTUK TIDAK MEREBUT PELUANG YANG BESAR ITU!” - PROF.DR HAMKA




RENUNGAN 03

Apabila hati meletakkan ALLAH dihadapan,insyALLAH semua perkara negatif yang berlaku akan dapat diterima dengan hati yang redha dan lapang..Letakkan kebergantungan yang tinggi kepadaNYA,insyALLAH DIA akan memberikan hanya yang terbaik buat kita.Jika kita menganggap ianya negatif,musibah,yakinlah itulah yang sebaik2nya yang ALLAH sudah tetapkan pada kita.Kelak,kita akan sedar itulah yang sebaik2nya..Yakinlah!!