Renungan

" Apa yang kita ada sekarang adalah pilihan kita suatu masa dahulu"

Sunday, May 2, 2010

DUA JIWA SATU HATI

Pertemuan dua jiwa, dua jasad, dua kejadian, dua wajah, dua pandangan yang membentuk hati dan perasaan menjadi satu, satu impian, satu harapan, satu naluri yang berakhir dengan satu ikatan.......... IKATAN PERKAHWINAN

HAKIKAT PERTEMUAN

1. Pertemuan sesama manusia pasti terpisah akhirnya
2. Pertemuan dengan dunia pasti ada penghujungnya
3. Pertemuan dengan Allah, Allah kekal selamanya

DOA PERTEMUAN

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakan aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padamu, Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaimu,
Ya Allah jika aku jatuh cinta jagalah cintaku padanya, Agar tidak melebihi cintaku padamu,
Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkan aku menyentuh hati seseorang yang hatinya terpaut padamu,
Ya Allah, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya, agar tidah berpaling dari hatimu,
Ya Allah, jika aku merindui kekasihmu, janganlah biarkan aku melampaui batas, Hingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadamu.

JODOH DITANGAN ALLAH

1. Manusia berhak memilih tapi Allah yang menentukan
2. Allah tentukan jodoh manusia atas kehendaknya
3. Kita tidak akan dapat jodoh yang macam kita

RAHSIA JODOH ALLAH

1. Sebagai ujian akal, hati, roh dan nafsu
2. sebagai amanah hidup
3. Bukan hak milik kita
4. Sebagai ibadah kerana Allah
5. Bukan untuk kita (hamba)

AKU TERIMA NIKAH

1. Terima seadanya........Segala pemberian Allah
2. Terima seadanya........Baik maupun buruk
3. Terima seadanya........Bahagia maupun derita
4. Terima seadanya........Hidup maupun mati

SIAPA JODOH KITA

"Dan diantara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir."
(surah Al-Rum: Ayat 21)

SIAPA ITU PEREMPUAN

1. Hatinya selalu menggelegak
2. Perasaannya terlalu mendalam
3. Semangatnya mudah hilang
4. Tanggapannya mudah Menerawang
5. Jiwanya mudah diganggu
6. Tumpah darah setiap bulan (lemah pertahanan)

SIAPA ITU LELAKI

1. hatinya tidak mudah bergoyang
2. Banyak guna akal walaupun salah
3. tanggapannya terlalu mudah
4. Jiwanya tidak mudah mengalah

BAGAIMANA MENCARI PERSEFAHAMAN

1. Sentiasa menyimak hati dan perasaan pasangan
2. Sentiasa segera memulihkan hati dan perasaan pasangan
3. Sentiasa membuat perubahan untuk kebahagian pasangan
4. Sentiasa bersikap terbuka dalam memahami watak pasangan

BAGAIMANA MENAMBAH KASIH SAYANG

1. Banyakkan penghargaan
2. Banyakkan pertolongan
3. Banyakkan kemaafan
4. Banyakkan doa dan amalan
5. Banyakkan petua dan idea

oleh : Ustaz Mohd Nasri bin Abd. Rahman

No comments:

RENUNGAN

“Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa.” kata-kata Pujangga~



Doa

Doa
Doa supaya dikasihi dan disayangi

Renungan

senyum lah selalu

Renungan 02

"PELUANG YANG BESAR ITU DATANG SECARA TIBA-TIBA.DATANG TIDAK MENENTU MASA..DATANG DISAAT KITA KESEMPITAN ATAU KESUSAHAN. NILAILAH PELUANG ITU DENGAN SECARA BIJAKSANA. REBUTLAH PELUANG YANG BESAR ITU, KERANA PELUANG YANG BESAR ITU BOLEH BERLALU DENGAN TIBA-TIBA. JANGAN JADIKAN SERIBU ALASAN UNTUK TIDAK MEREBUT PELUANG YANG BESAR ITU!” - PROF.DR HAMKA




RENUNGAN 03

Apabila hati meletakkan ALLAH dihadapan,insyALLAH semua perkara negatif yang berlaku akan dapat diterima dengan hati yang redha dan lapang..Letakkan kebergantungan yang tinggi kepadaNYA,insyALLAH DIA akan memberikan hanya yang terbaik buat kita.Jika kita menganggap ianya negatif,musibah,yakinlah itulah yang sebaik2nya yang ALLAH sudah tetapkan pada kita.Kelak,kita akan sedar itulah yang sebaik2nya..Yakinlah!!